Khamis, 2 April 2009

25 wasiat Luqman al-hakim...

bismillah....
para ulama telah memperincikan perbicaraan Luqman dengan anak-anaknya. menerusi satu riwayat dalam kitab "Tafsir Ruhul Ma'ani" dan "Kitab Hidayatul Mustarsyidin" bahawa Luqman telah memberikan anaknya dua puluh lima wasiat. Antaranya ialah:-
1) Hai anakku, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam dan banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama takwa , isinya iman dan layarnya ialah tawakkal kepada Allah.
2) Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, yakin dirinya akan mendapat penjagaan Allah S.W.T. Orang yang insaf dari kesalahan setelah menerima nasihat daripada orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah s.w.t jua.
3) Hai anakku, Orang yang merasa dirinya lebih rendah dalam beribadat dan taat kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan sentiasa menghindarkan dirinya daripada melakukan maksiat.
4) Jauhilah dirimu dari berhutang. kerana sesungguhnya berhutang itu akan menjadikan dirimu hina di waktu siang dan hina di waktu malam.
5) Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan kamu menderhaka. Takutlah kepada Allah dengan benar-benar takut, tentulah engkau akan terlepas dari sifat putus asa dari rahmat Allah S.W.T.
6) Hai anakku, bila engkau menghadapi dua pilihan, menziarahi orang mati atau menghadiri majlis perkahwinan, maka hendaklah engkau memilih menziarahi orang mati. Sebab menziarahi orang mati itu akan mengingatkan kamu kepada akhirat, sedangkan menghadiri majlis perkahwinan itu hanyalah akan mengingatkan kamu kesenangan dniawi semata.
7) Janganlah engkau makan atau minum yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu akan merosakkan diri dan pemikiranmu, dan alangkah baiknya makanan yang lebih itu diberikan kepada anjing saja.
8) Hai anakku,bukanlah suatu kebaikan namanya apabila engkau selalu mencari ilmu tetapi tidak engkau mengamalkannya. hal itu tidak ubah seperti orang yang mencari kayu api, setelah banyak terkumpul maka dia tidak mampu memikulnya padahal dia masih terus mengumpulnya.
9) Hai anakku, apabila engkau ingin mencari teman sejati, maka ujilah dahulu dengan perkara yang menaikkan kemarahannya. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha untuk menginsafkanmu, maka bolehlah engkau ambil sebagai kawan, dan sekiranya bukan demikian maka berhati-hatilah engkau terhadapnya.
10) Perbaikilah tutur katamu, halus budi bahasamu dan manis wajahmu, kerana engkau akan disukai orang yang melebihi sukanya terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga kepadanya.
11) Jagalah dirimu dalam setiap perkara sebagai orang yang tidak berhajatkan kepada pujian atau snjungan dari orang lain. kerana penguasaannya itu akan menyebabkan diri kamu berolehi kehinaan.
12) hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata busuk, kotor dan kasar kerana engkau akan lebih selamat apabila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar dirimu akan mendatangkan manfaat kepada orang lain.
13) Hai anakku! janganlah engkau terlalu mudah ketawa kalau bukan perkara yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanyakan sesuatu yang tidak ada gunanya bagi diri kamu dan janganlah kamu mensia-siakan harta dunia kamu.
14) Barangsiapa yang penyayang, sudah tentu akan disayangi, siapa yang suka berdiam diri sudah tentu akan selamat dari berkata-kata tentang perkara yang mengandungi racun, dan barangsiapa yang tidak mampu menahan lidahnya daripada berkata kotor, sudah tentu aka menyesal
15) Hai anakku, bergaul mesralah dengan orang alim dan berilmu. Perhatikanlah kata-kata dan nasihatnya kerana sesungguhnya akan sejuk kamu mendengar nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata alim ulama bagaikan tanah yang subur disirami hujan,.
16) Hai anakku, ambilllah harta dunia sekadar keperluanmu, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk akhirat. Jangan engkau tendang dunia ini ke bakul sampah, kelak diri kamu akan menjadi pengemis yang membebankan orang lain. Sebaliknya, jangan engkau rangkul dunia ini dan meneguk habis kerana sesungguhnya semua yang engkau makan dan pakai adalah tanah belaka. Jangan engkau bertemankan orang bodoh dan orang yang bermuka dua, kerana akan aniayakan diri kamu.