
Duhai hati..
Ikhlaskan hati demi cinta Ilahi,
Bukan pujian yang dicari,
Bukan dunia yang memagari pintu hati,
Tapi di situ terletak katenangan dan cinta hakiki...
Khamis, 12 April 2012
DUHAI HATI..
Dicatat oleh nik mazirawati di 8:31 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Selasa, 13 April 2010
pandangan mata hati..
Bismillahirrahmanirrahim...
Ya, sungguh indah alam ciptaan Ilahi..
maka, pandanglah dengan mata hati..agar kau temui cinta hakiki.

Tafsiran surah Ar-Rahman (ayat 1-13).
1.Allah Yang Maha Pengasih,
2.yang mengajarkan al-Quran,
3.Dia menciptakan manusia,
4.mengajarnya pandai berbicara.
5.Matahari dan bulan beredar menurut perhitungan.
6. dan tetumbuhan dan pepohonan, keduanya tunduk (kepada-Nya)
7. dan langit telah ditinggikan-Nya dan Dia ciptakan keseimbangan,
8. agar kamu tidak merosak keseimbangan itu.
9. Dan tegakkanlah keseimbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi keseimbangan itu.
10. Dan bumi telah dibentangkan-Nya untuk makhluk-Nya,
11. didalamnya ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang,
12. dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya.
13. Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
Renungan : Semoga dengan melihat nikmat kurniaan-Nya,hati semakin dekat kepada Yang Maha Pencipta.
Dicatat oleh nik mazirawati di 3:15 PG 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Isnin, 22 Mac 2010
TIP PENGGUNA FACEBOOK UNTUK DIKONGSI BERSAMA..
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
Di sini, suka saya kongsikan panduan yang seharusnya diaplikasikan bagi pengguna facebook untuk manfaat bersama. Tip pengguna facebook ini saya petik daripada majalah solusi isu 17. Antara tip yang disarankan adalah:
>memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Justeru, ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.
>Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif seperti akaun bank dsbnya.Cukuplah sekadar nama, tarikh lahir dan latar belakang pendidikan.
>Tidak berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita tanpa had, kerana tanpa kawalan, ia boleh membawa mudarat berbanding manfaat.
>Jaga aurat dan pandangan mata.
>Elakkan ghibah(mengumpat) dalam Facebook kerana ia terang lagi bersuluh bahawa mengumpat diibaratkan memakan bangkai saudara sendiri iaitu haram hukumnya.
>Tidak terlibat dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'suka-suka'atau sebaliknya.
> Tidak mempercayai aplikasi titik moden seperti rahsia tarikh lahir dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma facebook, sama ada atas dasar "suka-suka" atau sebaliknya.
semoga ianya bermanfaat...sekian.
hamba Ilahi,
Dicatat oleh nik mazirawati di 5:18 PG 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Khamis, 4 Mac 2010
A MORNING PERSON.

A MORNING PERSON membawa makna "orang yang berpagi-pagi". Maksudnya ialah orang yang menggunakan sepenuhnya waktu awal pagi untuk menghasilkan produktiviti yang menarik. Allah S.W.T menjadikan waktu pagi paling istimewa. Diindahkan dengan waktu fajar sadik adalah simbol produktiviti yang membawa kepada kejayaan.
Malangnya, ramai orang yang suka tidur pada waktu pagi. Ini adalah satu amalan yang membawa kepada kerugian besar dan mambazir usia muda!
Perkara ini nampak remeh dan biasa tapi percaya dan yakinlah bahawa Allah itu Maha sempurna ciptaanNya yang menjadikan kejadian malam dan siang dengan sempadan-sempadan waktu yang dinamik. Jadi, kita perlu meletakkan pemikiran positif untuk menjadi "a morning person".
Dipetik dari: solusi.
Dicatat oleh nik mazirawati di 3:23 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Jumaat, 26 Februari 2010
rahsia SUJUD..

Rahsia sujud pada perkembangan otak manusia
JERTEH - Persatuan Islam Kebangsaan Malaysia (MICNA)
Jordan mengenal pasti sesiapa yang tidak menunaikan sembahyang maka
otaknya tidak dapat menerima darah secukupnya untuk berfungsi secara
sempurna.
Jurucakap MICNA Jordan berkata, ini bererti darah tidak
akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan ketika
seseorang itu sujud ketika bersembahyang.
"Ini diakui sendiri oleh seorang doktor neurologi di
Amerika Syarikat yang telah memeluk Islam
kerana beberapa keajaiban di dalam penyelidikannya itu. Doktor
tersebut mendapati dalam kajiannya urat pada saraf manusia memerlukan
darah untuk beberapa sukatan tertentu sahaja.
"Ini bermaksud darah akan memasuki bahagian urat tersebut
mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam," katanya
dalam kenyataan pada Majalah Buletin Bulanan MICNA Jordan di sini,
hari ini.
Beliau berkata, doktor tersebut tertarik untuk memeluk
Islam semasa membuat kajian saraf yang
dilakukan, iaitu terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia
tidak dimasuk darah.
"Pada hal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang
secukupnya untuk berfungsi secara lebih normal," katanya.
Menurutnya, doktor tersebut amat kagum dengan penemuan
tersebut sehingga ia tidak dapat
diterima oleh akal fikiran.
"Kini doktor tersebut memeluk Islam dan dengan itu beliau
telah membuka sebuah klinik yang
bertemakan "Perubatan melalui- Al-Quran". Kini beliau membuat
ubat-ubatan berdasarkan kajian melalui al-Quran dan Hadis Nabawi.
"Di antara kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa,
madu lebah, biji hitam (black Seed) dan sebagainya," jelasnya.
Beliau berkata, manusia yang tidak bersembahyang apatah
lagi yang bukan Islam, walaupun akal mereka berfungsi secara normal
tetapi sebenarnya mereka akan hilang pertimbangan apabila membuat
keputusan secara normal.
"Justeru itu, tidak hairan ada di antara manusia
kadang-kadang tidak segan silu untuk melakukan
perkara bertentangan dengan fitrah kejadiannya walaupun akal mereka
mengetahui perkara yang akan dilakukan adalah salah.
"Ini kerana otak mereka tidak boleh mempertimbangkannya
secara lebih normal." tambahnya.
Dipetik dari:http://skdarau.tripod.com
Dicatat oleh nik mazirawati di 8:41 PG 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Khamis, 25 Februari 2010
Ya Rasulullah..kami merinduimu.

Rasulullah..
peribadimu bak lembaran al-Quran,
Akhlakmu seharum kasturi,
Perjuanganmu membawa kebenaran..
Dicatat oleh nik mazirawati di 3:48 PG 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Rabu, 3 Februari 2010
indahnya SABAR..

Ya, dalam apa aspek sekalipun, kita adalah hamba Allah; dan seandainya kita ditakdirkan menghadapi bala'bancana atau kesusahan, maka kemungkinan semuanya itu bagi membaikkan kita untuk masa depan kita; dan paling kurang Allah akan menambahi pahalaNya kepada kita apabila kita BERSABAR..percayalah dengan pasti!
Dicatat oleh nik mazirawati di 1:01 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini

