BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
Di sini, suka saya kongsikan panduan yang seharusnya diaplikasikan bagi pengguna facebook untuk manfaat bersama. Tip pengguna facebook ini saya petik daripada majalah solusi isu 17. Antara tip yang disarankan adalah:
>memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Justeru, ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.
>Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif seperti akaun bank dsbnya.Cukuplah sekadar nama, tarikh lahir dan latar belakang pendidikan.
>Tidak berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita tanpa had, kerana tanpa kawalan, ia boleh membawa mudarat berbanding manfaat.
>Jaga aurat dan pandangan mata.
>Elakkan ghibah(mengumpat) dalam Facebook kerana ia terang lagi bersuluh bahawa mengumpat diibaratkan memakan bangkai saudara sendiri iaitu haram hukumnya.
>Tidak terlibat dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'suka-suka'atau sebaliknya.
> Tidak mempercayai aplikasi titik moden seperti rahsia tarikh lahir dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma facebook, sama ada atas dasar "suka-suka" atau sebaliknya.
semoga ianya bermanfaat...sekian.
hamba Ilahi,
Keguguran Part 1
5 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan