click to create your own
Bismillahirrahmanirrahim...
salam alaik,
Tentu saja ada di antara kita yang selalu mendengar kata-kata seperti ini;
"haiya...meniaga hr ni manyak rugi maa....,"
"emmm...ak suatu hr nanti nk ada kete beso, umh beso, gaji beso,...wow kan best kl ak jadi kaya."
"eh..,ak xbleh nk sedekah lg la skg ni, nt ak dah kaya ak nk sedekah banyak-banyak..."
ya, memang begitu lumrah hidup manusia...nk semuanya mewah. saya tidak kata mencari kemewahan dan kekayaan dunia itu salah..tp biarlah berpada,jangan sampai kita dihanyutkan oleh kemewahan dunia. Malah, carilah kesenangan dunia demi bekalan akhiratmu...
Orang-orang yang paling sengsara ialah mereka yang miskin iman dan mengalami krisis keyakinan. Mereka ini, selamanya akan berada dalam kesengsaraan, kepedihan, kemurkaan dan kehinaan.
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku maka sesungguhnya baginya adalah hidup yang sempit".
Tidak ada sesuatu yang dapat membahagiakan jiwa, membersih dan menyucikannya, membuatnya tenang dan menghalau kebimbangan darinya selain keimanan yang benar kepada Allah S.W.T.,Tuhan alam semesta. Pendek kata,hidup akan terasa hambar tanpa IMAN.
Kini, sudah tiba masanya dunia menerima dengan tulus ikhlas dan beriman dengan sesungguhnya bahawa 'tidak ada Tuhan selain Allah S.W.T'. Bagaimanapun, pengalaman dan uji cuba manusia sepanjang sejarah hidup dunia dari abad ke abad sudah membuktikan banyak hal; menyedarkan akal bahawa berhala-berhala itu tahayul belaka, kekafiran itu punca malapetaka, pembangkangan yang sia-sia itu dusta, para rasul itu benar adanya dan Allah itu benar-benar Si Penguasa kerajaan bumi dan langit, segala puji bagi Allah dan Dia sungguh-sungguh Maha Kuasa atas segala sesuatu.
" Ingatlah bahawa hidup anda akan terasa hambar dan membosankan tanpa iman".
Setakat mana, kuat atau lemah, hangat atau sejuk, iman anda maka setakat itu pula kebahagiaan, ketenteraman, kedamaian dan ketenangan anda.
" Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberi pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan."(Surah An-Nahl:97).
0 ulasan:
Catat Ulasan