melangkah itu mudah, namun mencari arah itu terkadang payah,
mencari jalan itu mudah, namun mencari destinasi itu yang susah.
menyusuri susur itu mudah, namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah.
dalam semua ini...menjaga istiqamah itu paling susah, payah, dan lelah.
Namun DIA amat faham, bagi hambaNYA, DIA tidak meminta hambaNYA menjadi yang terbaik...hanya perlu untuk melakukan yang terbaik, meletakkan sandaran dan keyakinan penuh kepadaNYA. Lantas nescaya DIA akan menguruskan yang selebihnya.Agar yang terbaik itu menjadi milik manusia.
Ahad, 30 Ogos 2009
Jumaat, 28 Ogos 2009
RAMADHAN YANG DIRINDUI..
SALAM RAMADHAN BUAT SMUA...STUKUR ALHAMDULILLAH, SYUKUR KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN LIMPAH KURNIA-NYA DAN IZIN-NYA KITA DAPAT BERTEMU KEMBALI DENGAN BULAN RAMADHAN YANG PENUH KEBERKATAN..
INSYAALAH..,DIKESEMPATAN YANG DIKURNIAKAN ALLAH INI, SAYA INGIN BERKONGSI SEDIKIT KATA-KATA SEBAGAI RENUNGAN SEBAGAI PERKONGSIAN ILMU SEMPENA BULAN YANG MULIA INI.
"BERLAPARLAH, AGAR ANDA BISA KENYANG DI SISI ALLAH, AGAR BISA MEMASUKI PINTU AR-RAYYAN, KERANA YANG BISA MEMASUKINYA HANYALAH ORANG-ORANG YANG BERPUASA. APABILA MEREKA TELAH MASUK, DITUTUPLAH PINTU ITU. BERDAHAGALAH, AGAR ANDA BISA MINUM DARI AL-KAUTSAR, YAKNI DARI TELAGA NABI MUHAMMAD. PADA HARI ITU BELIAU BERDIRI MEMBERI MINUM PARA HAMBA DAN BERSAMANYA 70 MALAIKAT DI SEKITAR TELAGA BELIAU YANG MENGALIRKAN AIRNYA. AIRNYA LEBIH MANIS DARI MADU, LEBIH DINGIN DARI SALJU, DAN LEBIH PUTIH DARI SUSU."SUBHANALLAH...HEBATNYA JANJI ALLAH. SEMOGA KITA SEMUA BEROLEH KEBERKATAN DI BULAN YANG MULIA INI DAN TERMASUK DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG DIJANJIKAN RAHMAT-NYA.INSYAALLAH...