Ahad, 30 Ogos 2009


melangkah itu mudah, namun mencari arah itu terkadang payah,
mencari jalan itu mudah, namun mencari destinasi itu yang susah.
menyusuri susur itu mudah, namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah.
dalam semua ini...menjaga istiqamah itu paling susah, payah, dan lelah.
Namun DIA amat faham, bagi hambaNYA, DIA tidak meminta hambaNYA menjadi yang terbaik...hanya perlu untuk melakukan yang terbaik, meletakkan sandaran dan keyakinan penuh kepadaNYA. Lantas nescaya DIA akan menguruskan yang selebihnya.Agar yang terbaik itu menjadi milik manusia.

0 ulasan: