pakai tudung..
buka tudung..
Bismillahirrahmanirrahim
salam alaik
orang kata, perempuan itu cantik.
pada saya, semua orang cantik.
orang kata, kalau rambut straighten tu cantik.
pada saya, semua jenis rambut cantik.
orang kata, kalau tak pakai tudung itu cantik.
pada saya, ha'ah. betullah tu.
tapi, ada juga orang yang pakai tudung kat luar tapi still cantik.
ini persepsi saya.
saya sekadar meluahkannya.
hurm, peliklah.
saya tahu, semua orang tahu, apa yang mereka patut tahu.
saya tahu, semua orang tahu, pakai tudung itu perlu.
saya tahu.
tapi, apa yang saya lihat, kebanyakan orang pura-pura tidak tahu.
secalit peringatan,
bertudung itu wajib sahabatku
bukan sunah atau ikut sukamu.
tetapi itu kehendak Allah, Tuhan Yang Maha Satu.
mungkin ada di antara kita yang tidak kisah dan anggap ini perkara remeh dan tak perlu diambil pusing sangat.
relax sudah, beb.
pada saya, tidak sahabtku.
ini bukan perkara remeh
ada balasan buat orang yang tidak pakai tudung di akhirat kelak
tidak risaukah kamu?...
maybe ada di antara kita mengatakan
"aku memang da terbiasa ar tak pakai tudung kalau nak pegi shopping complex. kat kolej, aku pakai je"
"ala, aku letak gmbr jer. tp, kart luar aku still pakai tudung"
"aku nak pakai baju ketat-ketat and stylo. So, cam tak kene ar kalau aku pakai tudung dengan baju tu"
hurm, tapikan
pernah tak anda terfikir
kenapa kita pakai tudung sebenarnya??
ikhlaskah kita bertudung??
cuba tanya soalan tu pada diri sendiri.
apa jawapannya??
pada saya,
kita pakai tudung tu bukan kerana adat sahabatku
tapi,
kita pakai tudung kerana kita orang islam yang mengaku Allah itu Tuhan kita yang Satu, Yang sentiasa memerhatikan setiap peri laku kita dan mengetahui bila waktu ajal kita akan tiba.
jika benar kita mengaku kita ni orang islam, orang yang mengakui keesaan Allah Yang Maha Esa,
kita pasti tidak akan hesitate untuk melaksanakan segala perintahNya..
kita tidak akan hesitate langsung.
kita rela.
betul kan?
jika pernah terdetik dalam hati kita rasa hesitate untuk amalkan ajaran-ajaran islam terutamanya perintahNya untuk pakai tudung,
cuba tanya pada diri,
sejauh mana kita yakin Allah Maha melihat apa jua perkara yang kita lakukan??
cuba bayangkan
Allah cipta kita
Dia 'programkan' kita untuk mematuhi segala perintahNya
tetapi, kita menolak dan terus berjalan di atas bumi dengan mengabaikan suruhan Tuhan yang mencipta kita..
tak ker nampak macam sombong cara itu..
saya tak kata kita sombong
tapi, kadang-kadang, perbuatan kita menunjukkan kita ni sombong padaNya
kenapa?
kita rasa, kemahuan kita itu lebih utama dan lebih hebat untuk dituruti dari kemahuan Allah yang mahukan kita bertudung.
saya hanyalah pemberi peringatan
saya bukanlah pemberi hidayah
apa-apapun,
janganlah diharap tunggu datang seru baru kau mahu balut kepalamu itu
tidak takutkah kamu jika kita tak sempat menarik kain menutup kepala kita
lalu mati begitu sahaja
dan akhirnya ditanya dihadapanNya
kenapa tidak mahu menuruti perintahNya untuk bertudung?
apa jawapan yang kau dah sediakan untuk bertemu saat itu?
fikir-fikir, renung-renungkan kembali sahabatku
jadilah wanita solehah yang hanya memperlihatkan rambut indahmu buat yang layak melihatnya sahaja
bukan untuk semua
jika untuk semua
kita akan jadi insan biasa
bukan lagi insan yang istimewa dan penuh rahsia
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab ayat 59:)
p/s: pakailah tudung kembali. tanam rasa malu dihati. jika ditayang untuk memikat hati pujaan hati, renungkan kembali. benarkah dia akan dikau kahwini dan bercinta sampai ke syurga nanti?
Keguguran Part 1
5 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan