Isnin, 22 Mac 2010

TIP PENGGUNA FACEBOOK UNTUK DIKONGSI BERSAMA..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Di sini, suka saya kongsikan panduan yang seharusnya diaplikasikan bagi pengguna facebook untuk manfaat bersama. Tip pengguna facebook ini saya petik daripada majalah solusi isu 17. Antara tip yang disarankan adalah:

>memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Justeru, ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.
>Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif seperti akaun bank dsbnya.Cukuplah sekadar nama, tarikh lahir dan latar belakang pendidikan.
>Tidak berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita tanpa had, kerana tanpa kawalan, ia boleh membawa mudarat berbanding manfaat.
>Jaga aurat dan pandangan mata.
>Elakkan ghibah(mengumpat) dalam Facebook kerana ia terang lagi bersuluh bahawa mengumpat diibaratkan memakan bangkai saudara sendiri iaitu haram hukumnya.
>Tidak terlibat dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'suka-suka'atau sebaliknya.
> Tidak mempercayai aplikasi titik moden seperti rahsia tarikh lahir dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma facebook, sama ada atas dasar "suka-suka" atau sebaliknya.

semoga ianya bermanfaat...sekian.

hamba Ilahi,

Khamis, 4 Mac 2010

A MORNING PERSON.



A MORNING PERSON membawa makna "orang yang berpagi-pagi". Maksudnya ialah orang yang menggunakan sepenuhnya waktu awal pagi untuk menghasilkan produktiviti yang menarik. Allah S.W.T menjadikan waktu pagi paling istimewa. Diindahkan dengan waktu fajar sadik adalah simbol produktiviti yang membawa kepada kejayaan.

Malangnya, ramai orang yang suka tidur pada waktu pagi. Ini adalah satu amalan yang membawa kepada kerugian besar dan mambazir usia muda!

Perkara ini nampak remeh dan biasa tapi percaya dan yakinlah bahawa Allah itu Maha sempurna ciptaanNya yang menjadikan kejadian malam dan siang dengan sempadan-sempadan waktu yang dinamik. Jadi, kita perlu meletakkan pemikiran positif untuk menjadi "a morning person".

Dipetik dari: solusi.