1.) merasa pasti dalam berdoa dan percaya bahawa Allah akan mengkabulkannya. meskipun masalah yang engkau pinta kepada Allah berat dan sukar, hatimu mest tetap ada keyakinan bahawa Allah akan memenuhi dan mengkabulkannya. inilah yang diperntahkan Nabi S.A.W. kepada kita...Dari Anas, dia berkata 'Rasulullah S.A.W. berkata:-"Apabila salah seorang diantara kamu berdoa, maka hendaklah dia meneguhkan masalahnya.
2.) mengulang-ngulang dalam berdoa:-ini adalah cara yang terpuji sebab ini adalah gambaran sikap merendahkan diri kepada Allah S.W.T. dan kepasrahan kepada keAgungan serta menyangka baik kepada rahmat-Nya. Dari Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W.,beliau berkata:-"masih tetap akan dikabulkan bagi seorang hamba selagi dia tidak berdoa dengan dosa @ pemutusan tali persaudaraan, dan selagi dia tidak terburu-buru". Ada yang bertanya, "wahai RAsulullah, apa maksud terburu-buru itu? Beliau menjawab,'dia berkata: 'Aku sudah berdoa, dan aku sudah berdoa pula, tetapi aku tdak melihat Dia memenuhi bagiku', lalu diapun merasa letih pada ketka itu dia tidak lagi berdoa. jadi, dia semestinya berdoa dan tidak boleh beranggapan bahawa pemenuhan doanya terlalu lambat.
3.)berdoa dengan suara perlahan dan lembut. inilah yang diperintahkan Allah kepadamu, agar engkau merendahkan diri dan pasrah kepada-Nya, sebagaimana firmanNya."berdoalah kepada Tuhan-Mu dengan berendah diri dan dengan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas".(Al-A'raf:55).
dari Abu Musa, dia berkata : "Rasulullah S.A.W. berkata:-"lembutkanlah suaramu kerana kamu tidak berdoa kepada yang tuli, tidak pula kepada yang tidak ada, tetapi kamu berdoa kepada Yang Maha Mendengar dan Maha Melihat".
Keguguran Part 1
5 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan