Jumaat, 20 Februari 2009

hidup hanya 3 hari..

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI: hmm!
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah. Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan. Esok ~ Hari yang belum pasti. Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik. Nafas Turun. Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian ALlah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan ALlah. Hidup dalam kemurkaan ALLAH.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka. Kekal di dalam syurga. "

fikir-fikirkanlah...masyaAllah

1 ulasan:

MASKOR@ROSNANI ZAKARIA berkata...

artikel yg bagus dlm menyedarkan kita bhw kta hnya menumpang di bumi milik Tuan tanah ini..
sama-sama kita muhasabah diri dalam memaju kecemerlangan dunia dan akhirat..amin.. insyaAllah..