duhai teman sejatiku..
masihkah kau semadikan di minda?
bahawa ukhuwah yang terjalin antara kita
adalah cinta tulus bersulam takwa
rangkaian jiwa sesama insan manusia
menjadi lambang keAgungan cinta
terhadap Yang Maha Pencipta..
berjanjilah teman...
ukhuwah yang terbina
kerana cinta pada-Nya
takkan terhalang oleh tembok minda manusia
takkan hilang
dek api yang menjulang..
takkan sirna,
dek kabus yang kelam
tapi hanyakan musnah
dek hati yang hitam...
teruja aku pada kata-kata Imam al-Ghazali yang mulia:
"ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan
seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya."
kuharap mekar dihati
agar persahabatan suci ini kan terus mantap
menjadi syafaat terukir indah
di pintu JANNAH!!
Keguguran Part 1
5 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan